Jadi, gue telah melakukan eksperimen sosial dan pemerhatian dengan perkara-perkara berkait dengan 'Title' seperti dibawah:
Cik/Puan
1)Kadang-kadang lebih selamat memanggil Cik
2)Kadang-kadang lebih selamat memanggil Puan
3)Kadang-kadang disalah erti sebagai Cik / Puan, tetapi bila pihak lagi satu tahu silap, tona perbualan terus bertukar
4)Kadang-kadang Cik tidak boleh memberi pendapat mengenai hal Puan-puan
5)Kadang-kadang Puan tidak boleh memberi pendapat mengenai hal Cik-cik
6)Kadang-kadang orang itu rasa selamat jika kamu berlagak seperti Puan dan dia tidak tahu kamu Cik
Senior/Tidak Senior
1)Tidak meletakkan title Senior dipangkal jawatan anda menyebabkan orang menganggap kamu junior atau mentah atau baru grad
2)Tidak meletakkan title Senior dipangkal jawatan akan memesrakan orang berborak selamba dengan kamu
3)Tidak meletakkan title Senior dipangkal jawatan kadang-kadang menyebabkan kamu dipandang enteng jika mengeluarkan pendapat atau menchallenge pendapat orang itu
4)Tidak meletakkan title Senior dipangkal jawatan kadang-kadang menyebabkan kamu selamat sekiranya kamu tidak tahu mengenai sesuatu benda
5)Meletakkan title Senior akan menyebabkan orang mengeluarkan respon seperti "Wow" "Fuyyo" "Ooo" "Hebat"
6)Meletakkan title Senior akan menyebabkan orang fikir kamu serba tahu dan serba boleh
7)Meletakkan title Senior akan membuka lebih peluang kerjaya didalam sesetengah keadaan
Adik/Kakak
1)Memanggil seseorang wanita itu Adik akan menyebabkan kamu dihadiahkan senyum selebar-lebarnya dan layanan yang baik di kedai atau ketika membeli kuih
2)Memanggil kakak pada gue bermaksud hormat, tetapi kadangkala tidak memanggilnya kakak bermaksud mesra atau rapat
Sekian pemerhatian dari eksperimen sosial gue. Pemerhatian akan ditambah dari masa ke semasa kalau ada. Kebanyakan pemerhatian diatas dibuat berdasarkan pengalaman gue.
No comments:
Post a Comment